Assalamualaikum ! :D
Tengok tajuk saja, korang mesti dah tahu apa yang Akid nak cakap ! :)
Hari ni, nak cerita pasal Lionel Messi, penyerang bagi kelab bola sepak yang terkenal iaitu Barcelona. :3
Tak apa pun kan, tapi kalau korang nak tahu, beliau dah dapat 4 piala Ballon d'Or.
Jom baca serba sedikit pasal beliau ! :D
Messi, 25 tahun yang berjaya menjaringkan 91 gol sepanjang tahun 2012 ialah antara pemain yang terbaik di dunia setakat ini.
Messi menjadi pemain pertama memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak empat kali, memecah rekod yang dipegangnya bersama bekas pemain antarabangsa Perancis dan Presiden UEFA sekarang, Michel Platini.
" Sejujurnya ia sangat luar biasa", kata Messi. "Anugerah keempat yang baru saya terima ini terlalu hebat untuk diluahkan dengan perkataan"
Messi sendiri berasa terkejut dengan keputusan yang beliau peroleh.
Messi yang menerima 41.6% undian, Ronaldo beroleh 23.68% dan Iniesta 10.91% menjadi calon pilihan untuk diangkat sebagai pemenang selepas mengatasi rekod jaringan penyerang Jerman, Gerrard Mueller, 85 gol dalam setahun pada tahun 1972.
Walau bagaimana pun, Messi telah berada di tahap yang terbaik sepanjang hidupnya sebagai pemain bola sepak. Beliau sememangnya layak dipanggil 'Raja Ballon d'Or' ;D
.jpg)