Pages

My Followie Followers. ;D

Saturday, 29 December 2012

6 Tips Cipta Aura Positif di Kelas

Assalamualaikum ! :D





"Jika Syurga itu terletak di bawak telapak kaki ibu, keberkatan ilmu pula terletak pada keredhaan guru"

Ada pelajar datang ke sekolah untuk bermain-main, bercinta, menunjukkan keberanian diri dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Ada juga yang selesa dengan gelaran 'ulat buku' dan malas nak menghiraukan apa yang diperkatakan dan difikirankan oleh orang lain. Ada juga yang popular dengan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan sukan dan permainan di sekolah. Ada juga yang biasa-biasa saja, hanya ingin mengamalkan prinsip 'low profile'. Di alam persekolahan ni pelbagai ragam pelajar yang cuba membentuk diri dan masa depan mereka sendiri. 

Disebabkan sesi persekolahan nak bermula dah. 
Akid nak bagi tips untuk menciptakan suasana yang positif di kelas. :)


Menghadiri Kelas dengan Spenuh Jiwa dan Raga.

Datang awal bagi membolehkan kita membaca dan melihat nota untuk beberapa minit. Hadir dengan 'mind set' yang mantap. Kita kena bayangkan kita nie ibarat seorang pencari dan ilmu bagaikan harta karun tersembunyi yang kita ingin dapatkan. Kita perlu bersedia menghadapi kepenatan, kebosanan atau kesibukan untuk mendapatkan ilmu tersebut. Bawa segala buku, alat tulis dan nota yang diperlukan.


2 Lupakan Segala Masalah.

Lupakan segala perkara yang berlaku dalam hidup atau masa silam, abaikan segala masalah yang menghantui minda kita. Tumpukan sepenuh perhatian kerana inilah peluang keemasan yang ada dan peluang ini tidak akan berulang untuk kali kedua. Bukan sahaja menghadiri diri secara fizikal, malah bawalah segala hati, jiwa, dan perasaan di dalam kelas agar kita tidak mengambil sambil lewa dengan ilmu yang disampaikan.


3 Datang ke Sekolah Dalam Keadaan Segar.

Dapatkan tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Tidur dalam keadaan 
gelap adalah lebih elok kerana ia merehatkan badan dan minda. Biarkan persekitaran anda sunyi dan kelam kelabut. Aturkan supaya anda mempunyai masa tidur yang tetap. Kekalkan jadual dan kebiasaan tersebut. Jangan menghadiri kelas dengan perut kosong. Ambillah sarapan yang mencukupi tetapi jangan pula berlebihan kerana ia akan mengundang rasa mengantuk.


 4 Fokus kepada Guru.

Memberikan sepenuh perhatian tumpuan kepada guru yang sedang mengajar akan membuatkan kita menyerapkan segala ilmu dan kefahaman dengan baik ke dalam otak. Maka kita tidak perlu meluangkan masa yang begitu lama untuk mengulang kaji pelajaran tersebut. Sekiranya kita tidak memahami apa yang diajar oleh guru, kita boleh bertanyakan soalan kepada guru atau rakan. InsyaAllah, mereka dapat membantu kita memahami apa yang telah diajar.


5 Hubungan Dengan Guru.

Jangan mencipta masalah atau bersikap kurang ajar terhadap guru. Jika syurga terletak di bawah telapak kaki ibu, keberkatan ilmu pula terletak pada keredaan seorang guru dalam mengajarkan ilmu. :D


6 Hubungan Dengan Kawan.

Elakkan daripada terlbat dengan sebarang masalah dengan rakan-rakan, kerana ini boleh menjejaskan mood dan keseronokan kita untuk belajar di sekolah. Ajaklah rakan-rakan belajar, berbincang tentang topik pelajaran atau membuat latih tubi bersama kita. Dengan ini, kita dapat mencipta suasana dan aura belajar di dalam kelas. :)

"Hidup hanya sekali" ayat ini sering kita dengar. Maknanya kita akan menyesal sekiranya tidak mencuba perkara-perkara segalayang menarik dalam laluan hidup. Sebagai pelajar kita juga perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa zaman persekolahan hanya sekali. :')

1 Januari nak balik sekolah dah.
Jumpa lagi lain kali.

Friday, 28 December 2012

Who make my 2012 ? ;D

Hola ! ;D

Tahun 2012 bakal meninggalkan kita.
Tahun 2013 pula akan menjelma.
Akid hari ini nak kongsikan best moment 2012 dan people who make my year today. :)
So, harap laa siapa yang Akid ada sebut nama tu, ada baca blog akid yang tak seberapa nie. So, nak akid cerita yang mana dulu ni? Akid pun dah confused. haha. :D

 Okay, tapi lebih baik kot kalau Akid cerita pasal best moments yang Akid kan? 

Nak cerita banyak tapi Akid cerita satu moment pun jadi laa.
One of my best moments is when Akid dapat keputusan 8A dalam PMR !
Akid time dapat tu macam tak percaya ja. Muka blurr ja. Huihuihui. :3
Lagipun time ambil result tu Akid orang terakhir yang sampai. Semua orang dah balik dah time tu. 
So, sunyi laa. Otak kosong terus. haha. :D
Tapi overall Alhamdulillah rezeki Akid nak dapat 8A. 
SPM 10A+ pulak. InsyaAllah.

Siapa yang buat Akidnye 2012 Best? Hurmm. :P

First Budak nie :)


Ardanie Shaheera Faisham ! :D
Yang tudung Koko tu nama dia Ardanie and tudung Biru tu pulak Najah Amani. 
Dua-dua nie students SMS Pasir Puteh, Kelantan. Jauh tak? haha.

Diorang nie BEST tau. Terutama Danie, dia rapat ngan Akid. :)
Tapi kan, dia lagi tinggi dari Akid. Ternyata Akid pendek di situ. haha..
Sekarang nie Akid duk tunggu birthday present Akid.
Danie, bila nak dapat nie? haha. :3
btw, dia comel kan? Dia famous tau. Heee :)
I miss this girl. haha.
Tapi rindu Akid ke tak, Akid pun tak tahu.
She's the Best ever !
Bronken English pulak. haha. :D


Second ! :D


Tengku Muhamad Ghazali ! :D
Gambar dia Blink-blink laa. Haha. Nampak suci ja. :3
Classmate Akid yang duduk sebelah Akid dalam kelas, seorang yang TERLALU RAJIN. Akid tak serajin dia (._.) 
Jarang lepak-lepak ngan dia kat sekolah sebab dia busy ngan latihan Band. Dia main Horn. :3 Ada siapa-siapa minat? haha. :D

3rd ! :D


Irfan Aiman! :D 
Budak Permata Pintar. :3
Dia dapat tawaran ke Permata Pintar tapi tak tahu la dia nak pergi ke tak. Sebab dia rasa berat hati nak tinggal kawan-kawan dia kat Tun Syed. :') Terharu pulak dengar. hehe. :D

Forth ! :D


Amirul Aminuddin. :)
My Genius Friend. ;D Dia pandai giler kot. Selalu dapat nombor 1 atau 2 dalam batch kalau exam. :P Dia pendiam, tapi sekali dia cakap memang POWER ! Akid harap dia boleh ajar Akid Account next year. :3 Almaklumlaa, Akid nie Playful dalam kelas.. ;D

Second last. ;)



Aishah Radzi ! :D 

Budak manja. haha. :)
Dia nie seorang yang supportive, tabah, and suka buat gila-gila. :p
Dia selalu tolong jadi pakar motivasi Akid laa sepanjang Akid kenal.
Kami rapat sangat, sampai junior dah salah faham tentang kami. -.-"
Overall, she is my best friend laa. Selalu ada kalau Akid susah. :D


Nak cerita lagi tapi kalau cerita banyak-banyak nanti tak kan habis-habis pulak. haha. :D
So, Friends yang lain Akid akan update nanti pulak. Wink2* ;)
That's All for Now.
I.L.O.V.E.Y.O.U.M.Y.F.R.I.E.N.D.S ! :*
How about you?
Who, When, Where, What happened during your best moment in 2012 ? ;D

Happy 2013. :)


Allahyarhammah Yasmin Hunwick :')

Assalamualaikum ! :D

Dalam post yang sebelum iaitu " Boring :P " Akid ada cakap yang Akid nak cerita pasal seorang insan yang bernama Allahyarhammah Yasmin Hunwick.

Kalau tak ingat, Akid akan ceritakan siapakah beliau. :')

Allahyarhammah Yasmin Hunwick


Biodata Beliau. 


 Allahyarhammah sebenarnya merupakan anak sulung dalam keluarga. Dia selalu seorang anak yang baik, sopan, bijak dan amat cantik di mata ibu bapa dia. Dia suka berkongi gambar-gambar keluarganya di Instagram dan dia begitu suka ber-Twitter. Dia juga gemar upload video dia bersama adik-beradik dan bermain piano. Dia seorang yang amat berbakat. :')

Sebelum dia meninggal dunia, dia seperti telah mengetahui yang ajalnya semakin dekat. Arwahyarhammah Yasmin pernah upload gambar satu buku yang telah dibacanya sebelum dia pulang bertemu kekasih abadi.

Buku '7 Malam Pertama di Alam Kubur' yang dibaca Yasmin




Selain itu, dia selalu bermimpi buruk sebelum dia dia bertemu ajal. 

Mimpi seram yang dimimpi oleh Yasmin beberapa hari sebelum ajal. :(




Dia sebenarnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menurut petikan Bernama.

LANGKAWI: Tiga remaja perempuanmaut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di samping lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

           Pegawai Penyiasatan Polis Trafik Langkawi, Inspektor Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari (17), Nor Hazwani Mansor (16), dan Nur Afipah Aaina Ridzuan (19) berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

           "Mereka yang menaiki motosikal dari arah motosikal dari arah lampu isyarat Sg. Menghulu bertembung dengan van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi" katanya.

           Katanya ketiga-tiga mangsa mengelami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

           Mayat dibawa ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.- Bernama



Itu sahaja yang Akid nak kongsikan tentang Allahyarhammah Yasmin Hunwick. :')

Semoga Yasmin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sedekahkan laa dia al-Fatihah sekurang-kurangnya. :')

Thursday, 27 December 2012

Boring. :P

Assalamualaikum ;)

Hari ni tarikh dah 28 Disember 2012.
Jumaat terakhir bagi tahun 2012. :)

Akid sekarang ni tengah update blog kat UPSI. :P
Pelikkan bagi budak umur 15thn sekarang ada kat UPSI ?
Akid kat UPSI sebab Akid nak kena teman Umi Akid ambil exam dia kat sini. So, Akid kene tunggu dia laa. :)

Haishh, hari ini saja, Akid duk mengadap Blogger ni ja. -.-"
Tengah edit macam-macam. :P
Saja-saja buat. bagi nampak menarik sikit. :D
btw, Terima Kasih la tau sebab sudi singgah ke Blog Akid yang baru je Akid buat semalam. :P
Haha.

Aduyai sunyi pulak duk dalam kereta nie. :/
Hujan pulak kann. :P
Hehe. Kalau tidur nie mesti BEST kan. :)
The next post akid nak update pasal seorang insan yang mungkin ramai orang kenal iaitu Allahyarhammah Yasmin.

So, tunggu laa ek. :D

Kualiti dan Keyakinan Diri di Tahun yang Baru. :)

Assalamualaikum ! :D


Tahun 2013 akan tiba tak lama lagi. 
Akid risau jugak sebenarnya. Almaklumla kan, Akid dah start start naik upper form, dah nak Form 4 ! Oh My God~ >.<
Insya Allah boleh !

Okay. Sekarang Akid nak bagi beberapa tips untuk tingkatkan keyakinan dan kualiti diri di tahun baru untuk belia-belia ! :D

1 Baiki Imej Diri.

Lakukan perubahan terhadap diri kita. Sebagai contoh mengubah sifat daripada pendiam kepada seorang yang ceria agar diri kita mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan atau cabaran hidup. :)
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan sekiranya kita tak memahami sesuatu mata pelajaran. :D


2 Bersedia dengan Perubahan.

Jika persahabatan ataupun kerja-kerja membuatkan kita berasa bosan, tibalah masanya untuk kita membuat perubahan agar situasi menjadi lebih baik dan menarik perhatian kita. :)


3 Senyum ! :)

Senyuman boleh membuat kita berasa lebih baik dan sihat serta orang lain juga akan berasa senang dengan kita. Hal ini akan membuat kita berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain. :)

4 Tidur yang Cukup. 

Tidur yang tidak cukup akan membuat badan kita berasa lemah dan kita akan rasa mudah tertekan. So, dapatkan tidur yang cukup supaya kita dapat memastikan diri kita ini bertenaga dan bersedia untuk menghadapi hari yang berikutnya dengan mudah serta riang ! :D

Wednesday, 26 December 2012

Ceriakan Resolusi Tahun Baru. :3

1 Bukan Sekadar Baju Baru Tapi Semangat pun Baru. 

Setiap kali tahun baru tiba, mesti ada perasaan teruja. Selain menyambut tahun baru, pada waktu yang sama sesi persekolahan pun bakal bermula. 
Haish. :p 
Macam beli peralatan persekolahan yang baru, kita perlulah mempunyai azam yang baru bagi menghadapi tahun yang baru. :)
Memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik pun dikirakan sebagai Azam. :D
So, tak salah laa kan. :3
Tetapkan azam 2013 dan cuba capai matlamat yang hendak diperolehi. :)


Muhasabah Diri.

Muhasabah diri kita, fikirkan balik apa yang telah kita lakukan pada masa yang lalu. Cuba buat secara berterusan supaya kita tidak lalai di alam kita sendiri mahupun alam maya. :)


3 Mental Perlu Diperbaharui.

Tetapi sejauh manakah azam tahun baru memberi kesan yang signifikan dalam kehidupan seseorang? Atau adakah azam tahun baru sekadar hanya satu ikutan. :/
Azam baru tidak cukup sekadar perkataan yang dilafazkan dan kemudiannya hilang dipuput bayu. Azam perlu dirancang, dilaksanankan tang dihiasi semangat, cita-cita dan keinginan yang jitu. :) 
Jangan biar perasaan putus asa, patah semangat dan mengalah menguasai diri kita. Pemikiran begitu bagaikan gas beracun yang bakal merosakkan cita-cita dan azam yang diidamkan. :)


4 Mengenali Kekuatan dan Kelemahan Diri.

Kita kena tahu apa yang kita perlu perbaiki demi kebaikan diri sendiri dalam menempuhi alam kehidupan sekarang. So, Cuba laa list kan apa yang kita rasa wajar. :)