Pages

My Followie Followers. ;D

Thursday, 26 December 2013

7km berjalan yang penuh dengan KENANGAN.

Assalamualaikum


              Second day aku di rumah cousin aku kat Bertam Perdana 2. Aku boring hari ni. Bagi menghilangkan rasa boring aku bercadang untuk jalan-jalan. Hohoho. :3 Aku jalan-jalan tapi aku tak tahu aku nak pergi mana. Time aku jalan-jalan tu baru aku teringat yang aku kena beli barang untuk balik asrama esok. So, aku cadang untuk berjalan kaki ke Sunshine Kepala Batas. Aku baru tengok google maps tadi rupanya jarak dari rumah cousin aku ke Sunshine tu 3.5km ! Waaaaa. Patut la jauhh. Pesanan ringkas daripada Akid, kalau korang nak jalan pergi mana-mana. Pastikan anda tahu jarak dia jauh mana. Kalau tak jadi macam aku jalan 7km pergi dan balik. :3

            Aku letih tapi seronok. Haha. Aku dapat rasa macam mana rasa susah. Aku tiba-tiba terfikir, kalau panas macam ini pun aku cepat penat. Ape entah lagi orang-orang Islam dahulu yang berjihad demi mempertahankan Islam kan. Akibat aku letih jalan-jalan. Aku stop kat Masjid Abdullah Fahim sekejap . :)



          Aku rehat and solat jap kat sini. Adalah dalam 10 minit jap. Lepas rehat sekejap, aku sambung jalan ke Sunshine. Time aku jalan tepi ladang kelapa sawit, ada pakcik ni stop dan tolong hantar aku ke Sunshine. Hohoho. Lama tak naik motor. :3 Lepas dia hantar tu, misi aku mencari barang-barang asrama pun bermula ! Yeahh ! ><

         So, Aku pergi laa shopping. Ramai beno orang yang aku kenal. Tapi aku buat-buat tak kenal. Hohohoho. Sorry. Sorry. Aku busy sangat tadi. Hehe. First time aku jejak kaki kat situ. So, agak kekok. Haha. Tak kesah laa. Aku beli laa bagi habis semua. 

         Aku pun lepas habis shopping tu, tak tunggu lama dahh. Terus jalan kaki balik rumah. Just like earlier, aku jalan kaki sampai ke ladang kelapa sawit tu. Ada lagi sorang pakcik tahan aku. Dia nak tolong hantar sampai ke rumah tapi aku mintak dia hantar aku ke masjid je. Aku pun relax je kat masjid. Buat homework sikit kat situ. Sampai pukul 3:46 petang. Pastu aku pun balik terus ke rumahh. Aku nampak macam macam time balik. Banyaklah aku belajar sepanjang hari ni. :3

        That's all maybe. Tataa. Esok nak kena balik sekolah dahh. Haihh. Aku malas laa. Aku baru teringat tadi yang aku balik esok. Haih. Ni laa reaksi ak time teringat tu. :p



p/s: Aku masuk SM Sains Kepala Batas (SAKBA) sekejap tadi. Sorry. 


Thanks for visiting. Give me a brofist. 

(>.<)m


         
            

Wednesday, 25 December 2013

TOP 4 - Who made me HAPPY this 2013 ?

Assalamualaikum


Tengok gambar atas. Haaaa. Dah nak masuk 2014 dah pun. Sebelum 2013 nak habis ni. Akid nak share top5 kumpulan atau individu yang buat Akid happy tahun ni. :)

1) The Zulkeflee Family :*


             Thi is my family. Tak boleh nak cerita sangat. It's my secret. Hee. Sorry Sorry. :3


2) Cendekia Republicz (1014)


Inilah budak-budak kelas Akid. Hohoho. :3
        Sorry meja semak sikit. Time ni sebenarnya sebelum Jamuan Hari Raya. Kami ada kelas Chemistry. :) Setiap budak dalam kelas ni ada yang buat aku happy. Hahaa. Tahun depan setiap orang daripada kami pegang 4% untuk exam Prinsip Perakaunan. :p OMG. Haha. InsyaAllah tahun depan kami semua dapat 10A+. Aminn. :)

3) Majlis Kepimpinan Pengawas (MKP)



            Hoho. Gambar time jamuan MKP. Kami selalu bersama. Setiap kali buat kerja kami mesti bersama. Maybe. Haha. Tahun depan akan tambah ahli lagi. Hehe. Jumpa hari Jumaat ni. Tak tahu nak jumpa ke tak. Haha. Hope for a Better Year next year. :)

4) My friends (sebenarnya banyak lagi) :3


Haha. Ni antara kawan-kawan Akid yang buat aku happy. Hohoho. :3 Diorang selalu ada bila aku susah dan senang. Diorang Awesome dan wajar diRESPECT. *tabik hormat* btw, majoriti diorang ni Single. Anda dipersilakan haha. :D


Last for this Post. Let us say goodbye to 2013 and.... 

(>.<)



Tuesday, 24 December 2013

Hey You, Next Year I will take the SPM examination. :3

Assalamualaikum

               


           Hai, aku just nak kata it's almost the end of this year school holiday. Damn. Haha. Aku rasa sedih gila secara jujurnya. Aku tak nak pergi ke sekolah. Sebab aku takut nak hadapi SPM dan tinggalkan kawan-kawan. Well, Kuatkan semangat ! Hohoho. Well, Aku dah ada banyak kenangan dalam tahun 2013 ni tapi banyak sangat yang buruk-buruk. (T^T)

           Tapi, aku tak kesah. Aku masih diberi peluang untuk hidup. So, aku akan cuba buat 2014 tahun yang lebih bermakna. 2014 kan tahun terakhir aku digelar sebagai seorang student SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN. Aduyai. Aku harap tahun depan enjoy-enjoy walaupun SPM. hehe. Lagipun aku dah makin happy. Tapi, insyaAllah laa happy next year walaupun letihkan. Lagipun dua hari lepas aku mimpi yang aku dapat jawab SPM dengan senang giler. Hohoho. Macam petanda baik ja. Ataupun disebaliknya. Haih. :p

          So, Next Year kenalah :-

  1. NO more MALAS.
  2. NO more TIDUR DALAM KELAS.
  3. NO more COMIC (maybe laa.... :p)
  4. NO more MAGGI ! (penting..... hohoho.)

          Well, apa-apa je lah. Aku budak SPM yang ambil 10 subjek. Banyak kot. Dah laa sains tulen. Add on Prinsip Akaun pulak tu !? OMG. Seram siot. Haha. Dengan izin Allah semuanya ditanggung beres. ;) Well, aku sekarang otw nak ke Penang. Percaya tak? Aku pun macam tak percaya yang aku terpaksa balik hostel awal. Aduhh. Nak buat macam mana kann. Aku kan SETIAUSAHA KEHORMAT Majlis Kepimpinan Pengawas. Haihh. Aku terima je laa. haha. 

         Aku akan duk rumah cousin aku dulu. 27 Disember ni baru laa boleh balik ke hostel. Haih. Hari Jumaat cukup. >.< Takpe, aku masih berfikiran positif. Bagus tak aku? Haha. :3 Student-student SOKSEK lain balik 1 Januari ni. Untunglahh diorang kann. :3 Tapi, aku rasa aku lagi beruntung. Sebabbbb, aku nak buat homework aku yang dah berkurun aku tinggal. Haha. So, It's a good thing jugak laa aku balik awal. Umi aku pun cakap camtu. Haha. Umi cakap aku ni jenis tak boleh hidup tanpa internet. Aku maybe boleh mati kebosanan kot. haha. Jangan risau umi, my homework will finish like always. :3

         Okay laa kann, MAYBE laa kann. K laa. Aku nak tutup notebook dah ni. Dah kena marah ngan Notebook sebab lupa nak charge. Hohoho. ^o^ Terima kasih sebab baca post Akid ni, Jangan lupa tekan button follow k? TQ singgah. Selamat Kembali Ke Sekolah. 


~(T^T)~