Pages

My Followie Followers. ;D

Wednesday, 27 March 2013

Result Exam !? Haha. :D

Assalamualaikum !


Yo ! Selamat Malam.
Exam dah lepas. Hari yang perlu ditempuh sebelum cuti baru-baru nie pun dah berakhir. :p

Rasa gembira gilaa kott time habis tu.
Rasa macam tak sabar hari seterusnya nak enjoy bagaikan menunggu bunga ros mekar. 

Okay, tu hiperbola yang agak melampau. haha. :D
Akid cuma nak kongsikan result exam Akid giler 'gempak' la sangat. (._.)

Akid dalam Ujian Kemajuan 1 kali nie dapat.

3A 2A- 1B+ 3C 1D

Akid tak tahu nak kata. :p
Mungkin sebab kekurangan yang ada dalam diri Akid kot.
Sebab suka tidur dalam kelas,
Pastu busy sikit dengan aktiviti di luar kelas.
Jarang masuk kelas.

Hurmm..
Tak apa laa. Terima saja laa dengan hati yang terbuka.
Kalau korang tertanya-tanya apa yang 'D' tu,
Sebenarnya tu subjek Add Math ! Yeahh !
Minta maaf kat Cikgu Naza sebab tak skor kali nie dan sebab selalu sangat tidur dalam kelas cikgu. 

Akid nak berubah ke arah yang lebih positif lepas nie. 

InsyaAllah. :D

That's All for TODAY ! Selamat Bercuti dan Selamat menunggu Keputusan Exam ! hehe. :)

Tuesday, 26 March 2013

Kolej Vokasional Shah Alam - Ke Arah Transformasi Sekolah Teknik :D

Assalamualaikum !



Sekolah teknik dulu pernah dianggap dan dipandang enteng sebagai pelajar yang 'malas belajar' tetapi kini tidak lagi. Kemahiran yang mereka ada merupakan bakat yang amat berharga dalam pasaran pekerjaan.
Industri perlukan profesional seperti mereka.

...

Sekolah Menengah Teknik Shah Alam mula 100% ditransformasikan oleh kerajaan menjadi sebuah kolej vokasional pada tahun ini. :)

Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga dipanjangkan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kata pengetua kolej, Fariza Said Hassan, kemasukan bermula daripada peringkat lepasan PMR. Kalau nak masuk ke sekolah ini, pelajar-pelajar perlu melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan boleh membuat permohonan. Sekiranya permohonan melebihi jumlah penawaran, mungkin kami akan adakan beberapa proses tapisan seperti temu bual. 

Pelajar juga sepatutnya memilih sekolah ini kerana minat dan bukannya kerana malas belajar atau jemu dengan sekolah lama. Biar betul-betul minat kerana sistem kolej vokasional ini jauh berbeza dengan sekolah-sekolah lain.
 Sekolah ini belajar dengan menggunakan sistem semester. Terdapat 8 semester atau 4 tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. So, mereka tak perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kelebihan?

Pelajar-pelajar ini akan mendapat Diploma di usia muda. Mereka juga akan menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iatitu sehingga ke tahap 4 SKM. Mereka untung kerana pengajian dibiayai sepenuhnya.

Ada 4 kursus yang ditawarkan mulai tahun ini iaitu:-

1) Pemesinan Industri
2) Teknologi Kimpalan
3) Pengurusan Perniagaan
4) Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. 'Soft Skills' juga ditekankan supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran mereka malah gemilang dalam faktor 'persembahan diri' dan 'komunikasi'

Harap pandangan pihak luar mengenai sekolah teknik dan vokasional dapat diubah.
Mereka perlu sedar bahawa kecemerlangan akademik bukan segala-galanya.

...

Info Tambahan.

Prospek Kerja bagi Kursus-kursus Ditawarkan.

Pengurusan Perniagaan.
-Usahawan.
-Pengurus Besar.

Pemesinan Industri
-Penolong Jurutera dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.
-Penyelia Operasi Mesin dalam bidang pemesinan logam.

Teknologi Kimpalan.
-Pembantu Jurutera Kimpalan
-Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.
-Pekerjaan sendiri.

Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
-Pembangun Lawan Web.
-Pembangun Sistem Pangkalan Data.
-Pengurus Data.
-Pereka Grafik Laman Web.
Penganalisis Data.

...

Itu sahaja sedikit maklumat pasal Sekolah kali ini. :) Terima Kasih ! :D

3 Segmen Dalam Blog Akid? What !?

Assalamualaikum !


Apa khabar semua? Sihat?
Cantik tak gambar atas ni? Ni la pintu gerbang sekolah Akid. :)
Saja-saja nak promote sekolah. 
So, kepada pelajar-pelajar darjah 6 dan form 3, kalau nak masuk pilih SBP mana-mana, pilih laa sekolah ni. haha. :D

Akid actually takde pape la yang hendak diberitahu.
Cuma nak beritahu yang blog Akid akan ada tiga segmen atau bahagian ! :D
Yeah ! Akid pasti korang blurr sekarang. Sebab Akid pun sekarang rasa blurr. :P

. . .

Ok. Sekarang Akid tengah cari cara nak bagi jadi 3 bahagian. Masalahnya Akid tak jumpa2. Hurm.. Frust sedikit. 
Kalau siapa-siapa yang sudi nak tolong. Tolong laa ye? :P

Tanpa melengahkan masa !

Dalam Segmen Pertama, Akid akan banyak memberikan Tips-tips Belajar Penuh Gaya yang Akid cari. Ada banyak sekarang ni cuma nak cari masa yang sesuai untuk dipostkan dalam blog. Akid harap segmen dapat bantu atau berguna la kepada korang. Ambil la sikit-sikit kan. :3

Segmen 2, Akid akan cerita pasal sekolah ! Bukan sekolah Akid. Tapi sekolah orang lain ! :D haaaa.. Kalau nak nama sekolah dia ada, bagitau akid kat Facebook or komen kat post ni nanti. :)

Last, Segmen 3 Akid akan cerita BEBAS ! Nasib laa apa yang terlintas di fikiran, Akid post. haha. :D

...

That's All ! Nantikan ya !
Terima kasih. :)

Monday, 25 March 2013

The Owner's Blog ! :D

Assalamualaikum !

Selamat petang semua. Tengok tajuk post kat atas.
Okay, hari ini Akid just nak cerita serba sedikit pasal Akid.
Just to fill my time a little. :D

OK.



Nama saya Muhamad Akid Rusyaidi Bin Zulkeflee.
Selamat dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Umur pada tahun 2013, 16 tahun. 

Belajar dekat SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang.


Ambil jurusan Biologi + Prinsip Perakaunan.
Ramai orang tanya kenapa tak ambil Biologi + ICT. 
Jawapan Akid !
Akid nak ambil cabaran belajar Akaun. :)
dan
Disokong sepenuhnya oleh ibu bapa yang tersayang iaitu Zaiton binti Yahaya dan Zulkeflee bin Lazim. :)

Sejarah sekolah?
Sekolah rendah dekat SK Seberang Jaya. (2005-2009)
Sekolah Menengah kat SMK Datuk Haji Ahmad Said. (2010)
Pastu baru pindah ke SMSTSSS.(2010-2014)

Hobi dan Cita-cita?
Hobi banyak !
Antaranya adalah melayari internet, menangkap gambar, melukis, mewarna, study, tidur. haha. ;D
Cita-cita pulak?
Nak jadi Akauntan atau buka perniagaan sendiri. :3

Akid sekarang ni ada buka perniagaan kecil-kecilan. :)
Siapa nak beli pop-up card or flyers datang laa jumpa akid. haha. ;D

Okay la. Dah masa untuk stop. 
Tata. Assalamualaikum. ;D

Sunday, 24 March 2013

Tentukan Haluan Selepas SPM Dengan Tepat. ;)

Assalamualaikum !



Lama tak update. Serious lama. Akid pun dah buntu. Tak tahu nak update apa. 
So, Akid pun ada terfikir pasal keputusan SPM 2013 yang melibatkan senior-senior akid di sekolah Akid.
Akid tahu yang Akid ni baru Form4 dah update post pasal Universiti. Tapi it's okay. Akid just nak kongsi pasal Universiti
Pastu akid ada terfikir pasal destinasi diorang selepas ini. Adakah mereka akan maju untuk mencapai impian yang diidamkan atau hanya mendiamkan diri di rumah? 
Bagi siapa yang dah buat keputusan awal tak apa laa kan. Takda laa susah untuk buat keputusan seterusnya.

Kenal tak lelaki kat bawah ni ?


Ni la Presiden Management & Science University (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Prof Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid. Beliau berkata keputusan berhemah harus dibuat oleh pelajar untuk memilih IPT atau program pengajian, walaupun menerima pelbagai risalah daripada IPT.

Beliau menyarankan agar IPT dipilih mampu memenuhi tuntutan pembelajaran serta pengalaman pembelajaran yang komprehensif. 
Dengar tu dengar. :D

Tanpa lengah kan post akid ni, akid nak beritahu beberapa persiapan untuk masuk Universiti. :3

1-Pilih universiti yang sesuai dengan diri anda.

Pastikan diri anda mengambil atau memilih universiti yang sesuai ngan anda.
Antara U yang boleh korang pilih ialah :-




iv- Institusi Berasas Profesion

2-Empat perkara yang WAJIB ada sebelum masuk Universiti.

  • Kewangan
    Wang amat penting intuk memasuki IPT. Korang perlu segera cari sumber wang untuk membiayai yuran pengajian dan pinjaman yang ditawarkan selain bergantung sepenuhnya kepada PTPTN.

  • Minda dan Sikap
    Universiti tidak sama seperti belajar di sekolah menengah. Di IPT korang tidak lagi disuap dan dipimpin tetapi anda perlu lebih berdikari dan pandai membuat keputusan sendiri. :) Anda perlu mencari pelbagai bahan rujukan demi menambahkan lagi kefahaman terhadap ilmu. Persaingan di IPT memang sengit, hanya yang benar-benar bijak mencari alternatif sendiri yang akan maju.

  • Kelengkapan
     Laptop atau komputer adalah penting bagi pelajar ketika meneruskan pengajian di IPT. Ia akan meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Di IPT, kamu akan menyelesaikan pelbagai tugasan yang melibatkan penggunaan gajet-gajet canggih dan perisian-perisian komputer.

  • Perbelanjaan
     Kamu perlu rancang perbelanjaan dengan baik. Jangan boros. Tu ja yang akid boleh cakap. :3



That's all for TODAY ! :D

Promote ! Promote ! :D



Jemput la ke Karnival Uniti & Karangkraf !
Banyak aktiviti menarik menanti anda :-

  • Forum : Bicara Cinta Anak Muda
  • Temu Mesra bersama penulis dan Demo Memasak bersama chef selebriti Grup Buku Karangkraf
  • Interaksi bersama Majalah E-Baca
  • "Momentum Menghadapi Pelajaran 2013" - bersama Fokus SPM
  • "Show Yezz! Your Talent" - bersama Majalah Yezz
  • Aerodance dan tips penjagaan kesihatan bersama Majalah Rapi
  • Grooming bersama Majalah Remaja
  • Gaya ikat selendang & grooming bersama Majalah Dara.com
  • Mini show case bersama Majalah Media Hiburan
  • Pertandingan "Photo Hunt" bersama Sinar Harian
Melukis Kartun Cara 3G: bersama kartunis Majalah 3G, Gayour & Aan Budak Baik.


Saturday, 2 March 2013

Assalamualaikum ! ;D


Sekarang ni musim menjawab peperiksaan. :P 
Saat dimana pelajar-pelajar seperti Akid dan pelajar-pelajar lain mula menelaah buku-buku rujukan yang ada. 
Sungguh menakutkan ! Tapi tidak mengapa, Akid akan kongsi beberapa tips yang mungkin bermanfaat untuk korang. :)
1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5 – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


9 : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ada banyak lagi tips yang boleh Akid berikan tapi panjang sangat nanti susah pulak. :D
Takde orang pulak yang sudi baca. So, Akid nak wish GOODLUCK ! :D