Assalamualaikum !
Sekolah teknik dulu pernah dianggap dan dipandang enteng sebagai pelajar yang 'malas belajar' tetapi kini tidak lagi. Kemahiran yang mereka ada merupakan bakat yang amat berharga dalam pasaran pekerjaan.
Industri perlukan profesional seperti mereka.
...
Sekolah Menengah Teknik Shah Alam mula 100% ditransformasikan oleh kerajaan menjadi sebuah kolej vokasional pada tahun ini. :)
Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga dipanjangkan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Kata pengetua kolej, Fariza Said Hassan, kemasukan bermula daripada peringkat lepasan PMR. Kalau nak masuk ke sekolah ini, pelajar-pelajar perlu melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan boleh membuat permohonan. Sekiranya permohonan melebihi jumlah penawaran, mungkin kami akan adakan beberapa proses tapisan seperti temu bual.
Pelajar juga sepatutnya memilih sekolah ini kerana minat dan bukannya kerana malas belajar atau jemu dengan sekolah lama. Biar betul-betul minat kerana sistem kolej vokasional ini jauh berbeza dengan sekolah-sekolah lain.
Sekolah ini belajar dengan menggunakan sistem semester. Terdapat 8 semester atau 4 tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. So, mereka tak perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kelebihan?
Pelajar-pelajar ini akan mendapat Diploma di usia muda. Mereka juga akan menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iatitu sehingga ke tahap 4 SKM. Mereka untung kerana pengajian dibiayai sepenuhnya.
Ada 4 kursus yang ditawarkan mulai tahun ini iaitu:-
1) Pemesinan Industri
2) Teknologi Kimpalan
3) Pengurusan Perniagaan
4) Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. 'Soft Skills' juga ditekankan supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran mereka malah gemilang dalam faktor 'persembahan diri' dan 'komunikasi'
Harap pandangan pihak luar mengenai sekolah teknik dan vokasional dapat diubah.
Mereka perlu sedar bahawa kecemerlangan akademik bukan segala-galanya.
...
Info Tambahan.
Prospek Kerja bagi Kursus-kursus Ditawarkan.
Pengurusan Perniagaan.
-Usahawan.
-Pengurus Besar.
Pemesinan Industri
-Penolong Jurutera dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.
-Penyelia Operasi Mesin dalam bidang pemesinan logam.
Teknologi Kimpalan.
-Pembantu Jurutera Kimpalan
-Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.
-Pekerjaan sendiri.
Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
-Pembangun Lawan Web.
-Pembangun Sistem Pangkalan Data.
-Pengurus Data.
-Pereka Grafik Laman Web.
Penganalisis Data.
...
Itu sahaja sedikit maklumat pasal Sekolah kali ini. :) Terima Kasih ! :D

No comments:
Post a Comment