Pages

My Followie Followers. ;D

Saturday, 25 May 2013

The Worst PPT Ever ! ( 2nd Week )

Assalamualaikum ! 

2nd Week ! :D

Akid nak start ngan hari Isnin tu. Hari Isnin Akid ada exam Fizik. :p
One of my worst subjek. Cuba bayangkan Akid baca semua, time exam Akid blank terus. Err. Takpe laa kan, Akid terus jawab exam tu. :/ 
Akid macam dah mati akal je time tu. Haih~ Setelah habis je jawab exam Fizik tu, kami kena get ready utk keluar sekolah, kami terpaksa pergi jugak walaupun dalam hati takmau. :p

 Kami kena pergi lawatan ke pameran ape ek? (lupa) dekat Tabung Haji, Penang. :) Pameran tu ada banyak booth. Informasi pasal Universiti-universiti banyak. Akid teringin nak pergi errr. Tak ingat nama U tu. -.-"
Tapi time tu memang duk risau tentang exam seterusnya iaitu Prinsip Perakaunan and Sejarah. :/ 

Kawan Akid bagitau Akid yang badan Akid macam nak demam. Akid pun ingat perkataan 'macam' tu takkan berlaku laa kan. :p Kemudian, malam tu, badan Akid panas sangat. Demam Akid panas sangat sampai kawan dapat rasa bahang badan Akid kat sebelah. Wuuu, macam Human Torch (Fantastic Four) ja. Haha. :D Akid memang tak boleh fikirkan apa-apa dah time tu. Sakit sangat kepala time tu. :p Yang meluatnya kan, the next day Akid sihat semula. Syukur Alhamdulillah. -.-"


Memang jawab exam macam entah pape la. Meluat wo. :p

Akid siap tulis surat lagi untuk cikgu akaun Akid. Akid tulis : "Dear cikgu, minta maaf sebab ada banyak sangat ruang kosong yang Akid tinggalkan. Sebab semalam demam panas. Tak sempat nak baca apa-apa. Sekali lagi minta maaf. Akid akan buat elok-elok next time. :p " Tu laa yang Akid tulis. Tapi, REDHA je la. :)

The NEXT day, Pendidikan Islam ! :D Time tu punya la nak backup apa yang teruk sangat tentang exam Akaun and Fizik, tapi still end up with malang yang SUPER TERUK ! Haha. Adui macam dah diduga. Bukan apa, Akid boleh je jawab semuanya. Cuma... Akid silap FORMAT. Jeng Jeng Jeng *kilat. >.<

Akid time tu FRUST giler ! :p Akid ingatkan soalan number 1 and 2 yang boleh pilih, rupa-rupanya, soalan 1 and 2 WAJIB jawab ! 3 and 4 yang boleh pilih. Adui. -.-"

Takpa la. Nasi dah jadi bubur. Terima seadaanya. :) Pastu Khamis takda exam sebab NAZIR nak datang nilai sekolah. Jumaat exam Bahasa Jepun and Sivik. 
Bahasa Jepun ? Nak tahu apa Akid buat? Bang Bang ! :D
Tembak semua jawapan ! hehe. :) 
Siap dalam masa 15minit. Pastu Akid tidur. Puas woo~ :3

Kerja tidur je hari tu. Exam Jepun tidur, Lepas REHAT tidur, Exam Sivik tidur, Rehat Tengah Hari Tidur, Prep Petang main, Riadah tidur, Antara Maghrib and Isyak tidur, Prep malam baru STUDY ! hehe. :3 Tu ja untuk 2nd week. :)

Bersambung... :)

No comments:

Post a Comment