Pages

My Followie Followers. ;D

Thursday, 26 December 2013

7km berjalan yang penuh dengan KENANGAN.

Assalamualaikum


              Second day aku di rumah cousin aku kat Bertam Perdana 2. Aku boring hari ni. Bagi menghilangkan rasa boring aku bercadang untuk jalan-jalan. Hohoho. :3 Aku jalan-jalan tapi aku tak tahu aku nak pergi mana. Time aku jalan-jalan tu baru aku teringat yang aku kena beli barang untuk balik asrama esok. So, aku cadang untuk berjalan kaki ke Sunshine Kepala Batas. Aku baru tengok google maps tadi rupanya jarak dari rumah cousin aku ke Sunshine tu 3.5km ! Waaaaa. Patut la jauhh. Pesanan ringkas daripada Akid, kalau korang nak jalan pergi mana-mana. Pastikan anda tahu jarak dia jauh mana. Kalau tak jadi macam aku jalan 7km pergi dan balik. :3

            Aku letih tapi seronok. Haha. Aku dapat rasa macam mana rasa susah. Aku tiba-tiba terfikir, kalau panas macam ini pun aku cepat penat. Ape entah lagi orang-orang Islam dahulu yang berjihad demi mempertahankan Islam kan. Akibat aku letih jalan-jalan. Aku stop kat Masjid Abdullah Fahim sekejap . :)



          Aku rehat and solat jap kat sini. Adalah dalam 10 minit jap. Lepas rehat sekejap, aku sambung jalan ke Sunshine. Time aku jalan tepi ladang kelapa sawit, ada pakcik ni stop dan tolong hantar aku ke Sunshine. Hohoho. Lama tak naik motor. :3 Lepas dia hantar tu, misi aku mencari barang-barang asrama pun bermula ! Yeahh ! ><

         So, Aku pergi laa shopping. Ramai beno orang yang aku kenal. Tapi aku buat-buat tak kenal. Hohohoho. Sorry. Sorry. Aku busy sangat tadi. Hehe. First time aku jejak kaki kat situ. So, agak kekok. Haha. Tak kesah laa. Aku beli laa bagi habis semua. 

         Aku pun lepas habis shopping tu, tak tunggu lama dahh. Terus jalan kaki balik rumah. Just like earlier, aku jalan kaki sampai ke ladang kelapa sawit tu. Ada lagi sorang pakcik tahan aku. Dia nak tolong hantar sampai ke rumah tapi aku mintak dia hantar aku ke masjid je. Aku pun relax je kat masjid. Buat homework sikit kat situ. Sampai pukul 3:46 petang. Pastu aku pun balik terus ke rumahh. Aku nampak macam macam time balik. Banyaklah aku belajar sepanjang hari ni. :3

        That's all maybe. Tataa. Esok nak kena balik sekolah dahh. Haihh. Aku malas laa. Aku baru teringat tadi yang aku balik esok. Haih. Ni laa reaksi ak time teringat tu. :p



p/s: Aku masuk SM Sains Kepala Batas (SAKBA) sekejap tadi. Sorry. 


Thanks for visiting. Give me a brofist. 

(>.<)m


         
            

Wednesday, 25 December 2013

TOP 4 - Who made me HAPPY this 2013 ?

Assalamualaikum


Tengok gambar atas. Haaaa. Dah nak masuk 2014 dah pun. Sebelum 2013 nak habis ni. Akid nak share top5 kumpulan atau individu yang buat Akid happy tahun ni. :)

1) The Zulkeflee Family :*


             Thi is my family. Tak boleh nak cerita sangat. It's my secret. Hee. Sorry Sorry. :3


2) Cendekia Republicz (1014)


Inilah budak-budak kelas Akid. Hohoho. :3
        Sorry meja semak sikit. Time ni sebenarnya sebelum Jamuan Hari Raya. Kami ada kelas Chemistry. :) Setiap budak dalam kelas ni ada yang buat aku happy. Hahaa. Tahun depan setiap orang daripada kami pegang 4% untuk exam Prinsip Perakaunan. :p OMG. Haha. InsyaAllah tahun depan kami semua dapat 10A+. Aminn. :)

3) Majlis Kepimpinan Pengawas (MKP)



            Hoho. Gambar time jamuan MKP. Kami selalu bersama. Setiap kali buat kerja kami mesti bersama. Maybe. Haha. Tahun depan akan tambah ahli lagi. Hehe. Jumpa hari Jumaat ni. Tak tahu nak jumpa ke tak. Haha. Hope for a Better Year next year. :)

4) My friends (sebenarnya banyak lagi) :3


Haha. Ni antara kawan-kawan Akid yang buat aku happy. Hohoho. :3 Diorang selalu ada bila aku susah dan senang. Diorang Awesome dan wajar diRESPECT. *tabik hormat* btw, majoriti diorang ni Single. Anda dipersilakan haha. :D


Last for this Post. Let us say goodbye to 2013 and.... 

(>.<)



Tuesday, 24 December 2013

Hey You, Next Year I will take the SPM examination. :3

Assalamualaikum

               


           Hai, aku just nak kata it's almost the end of this year school holiday. Damn. Haha. Aku rasa sedih gila secara jujurnya. Aku tak nak pergi ke sekolah. Sebab aku takut nak hadapi SPM dan tinggalkan kawan-kawan. Well, Kuatkan semangat ! Hohoho. Well, Aku dah ada banyak kenangan dalam tahun 2013 ni tapi banyak sangat yang buruk-buruk. (T^T)

           Tapi, aku tak kesah. Aku masih diberi peluang untuk hidup. So, aku akan cuba buat 2014 tahun yang lebih bermakna. 2014 kan tahun terakhir aku digelar sebagai seorang student SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN. Aduyai. Aku harap tahun depan enjoy-enjoy walaupun SPM. hehe. Lagipun aku dah makin happy. Tapi, insyaAllah laa happy next year walaupun letihkan. Lagipun dua hari lepas aku mimpi yang aku dapat jawab SPM dengan senang giler. Hohoho. Macam petanda baik ja. Ataupun disebaliknya. Haih. :p

          So, Next Year kenalah :-

  1. NO more MALAS.
  2. NO more TIDUR DALAM KELAS.
  3. NO more COMIC (maybe laa.... :p)
  4. NO more MAGGI ! (penting..... hohoho.)

          Well, apa-apa je lah. Aku budak SPM yang ambil 10 subjek. Banyak kot. Dah laa sains tulen. Add on Prinsip Akaun pulak tu !? OMG. Seram siot. Haha. Dengan izin Allah semuanya ditanggung beres. ;) Well, aku sekarang otw nak ke Penang. Percaya tak? Aku pun macam tak percaya yang aku terpaksa balik hostel awal. Aduhh. Nak buat macam mana kann. Aku kan SETIAUSAHA KEHORMAT Majlis Kepimpinan Pengawas. Haihh. Aku terima je laa. haha. 

         Aku akan duk rumah cousin aku dulu. 27 Disember ni baru laa boleh balik ke hostel. Haih. Hari Jumaat cukup. >.< Takpe, aku masih berfikiran positif. Bagus tak aku? Haha. :3 Student-student SOKSEK lain balik 1 Januari ni. Untunglahh diorang kann. :3 Tapi, aku rasa aku lagi beruntung. Sebabbbb, aku nak buat homework aku yang dah berkurun aku tinggal. Haha. So, It's a good thing jugak laa aku balik awal. Umi aku pun cakap camtu. Haha. Umi cakap aku ni jenis tak boleh hidup tanpa internet. Aku maybe boleh mati kebosanan kot. haha. Jangan risau umi, my homework will finish like always. :3

         Okay laa kann, MAYBE laa kann. K laa. Aku nak tutup notebook dah ni. Dah kena marah ngan Notebook sebab lupa nak charge. Hohoho. ^o^ Terima kasih sebab baca post Akid ni, Jangan lupa tekan button follow k? TQ singgah. Selamat Kembali Ke Sekolah. 


~(T^T)~
        




Wednesday, 20 November 2013

Umi cadangkan Akid tukarkan BLOG Akid jadi tempat KOMIK yang Akid lukis !?

Assalamualaikum.

               Tengok tajuk Akid tu lama-lama sikit. Adui. Haha. Itulah dia, Blog Akid akan ada penambahan baru atas cadangan Umi Akid yang tercinta. Akid pun tengah fikirkan apa yang perlu Akid buat. Akid cadang Akid akan buat yang terbaik. :)

.Segmen Komik akan start mulai esok.

Tuesday, 6 August 2013

Hari terakhir Puasa ! :D

Assalamualaikum. 



           Tengok gambar diatas, haha. Bukan baju raya tahun ni, baju raya tahun ni, warna lain laa. Ni just photoshooting ja. :) Let's start the reading. :)  
         
            Yeah ! Dah nak cukup satu bulan kita puasa. Kalau dah cukup sebulan, kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri ! Akid excited nak raya tahun ni. Entah kenapa Akid rasa tahun ni lain sikit. Maybe sebab raya kat rumah sendiri kot. Balik kampung lewat sikit. Akid okay je. Yang penting, kita raya ! hehe. :)

       Sedih juga la sebab bulan yang mulia iaitu Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Syaitan dan Iblis dibebaskan. Rakan seIslam kita diseksa semula di alam lain. Hmm. Semoga kita dapat bertemu di Ramadhan akan datang laa ye. Amin. 

       Change topic. Akid actually nak cerita sikit suka duka Akid sepanjang bulan Ramadhan tahun ni. Mungkin tak sikit, tapi banyak ! haha. Akid tak tahu lah, tahun ni Akid dah lalui banyak dugaan. Mungkin ada hikmah Allah dah janjikan. Akid mungkin dah buat salah sebelum-sebelum ni. Akid redha dengan segala yang berlaku. 

      Okay ! Nak start dari mana. Hmmm. 1st peristiwa, time cikgu Akid hebohkan pasal handphone Akid kena 'rampas'. Hmm. Akid tak faham betul laa. Handphone Akid bukannya kena rampas pun. Actually, handphone Akid sekarang selamat berada di tangan Penolong Kanan HEM sekolah Akid. Akid bagi kat cikgu tu untuk minta tolong jaga handphone Akid before ke Kuala Lumpur balik. Haihh. Satu sekolah tahu woo ! Takpa laa. Satu pengajaran bagi Akid. :p

      Second ! Berbuka puasa ngan kawan-kawan Pengawas Form 4 ! :D Yang ni best. Sebab Akid learnt something from that moment. Akid baru sedar yang Akid actually ada best friends untuk sentiasa berada di sisi Akid. :) Best friends that never die in my heart. Tak gituu. Diorang selalu give moral support kat Akid. Most Thankyou to Hadi Rosnal, Syahmi Aiman, Danial Radzi , Muhd Lutfi , Meor Zulhilmi, Kamal, Fikri, Farid, Amirul, and Irfan ! Ni laa jejaka-jejaka idaman malaya SOKSEK yang selalu give support kat Akid. :)

      Selain daripada tu, Akid ada something happen laa. Akid tak sangka perkara ni nak berlaku tapi Akid redha sebab Allah dah tetapkan perkara ini nak berlaku. Ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Iaitu, Akid broke up with the MOST WONDERFUL GIRL IN MY HEART :(. 

      Akid sedih giler time tu. Aduh, dengan time tu Akid punya Twitter akaun kena hacked. Hmm. Ada certain tweets bukan Akid yang tweet. Akid tak tweet nak sakitkan hati dia pun. Akid takda niat nak menduakan dia. Akid takda niat nak kecewakan dia. Hmm. Tapi Akid kena bersabar, sebab kawan-kawan Akid semua bagi support kat Akid. Akid just kena tunggu dia lepas SPM. Biarlah kalau dia nak marah kan. I need to be strong. :)

       Not only that, my DSLR dah hilang ! Ya Allah, Allah je tahu macam mana perasaan Akid time tu. Marah ada, Sedih ada, Kecewa ada. Campur semua perasaan tu jadi KABOOM ! :p Haih, tu pun kena redha laa walaupun kena marah, pujuk dan perli dari pelbagai pihak. Allah akan bagi balasan juga kepada orang tu. Sama ada di dunia atau di akhirat. :)

      Tu je laa kot. Nak share-share yang lain ? Hmm. Lain kali laa. Tunggu raya pula. So, Akid nak mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kalau ada salah dan silap Akid minta maaf. Sebab Akid tak perfect. Semua manusia tak perfect. :) k laa, Selamat Mengutip Duit Raya ! #OffPost. :)


Friday, 19 July 2013

Aku, Kau dan Pengetua. :)

Assalamualaikum


Selamat datang wahai Stalkers~
Just nak post gambar nie je.  Wink. ;)

Friday, 12 July 2013

Puasa. :)

 Assalamualaikum

           Hello ! Akid takda pape yang hendak disampaikan sekarang. Cuma nak wish Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak ! :3 Dah masuk bulan puasa dah pun. Yeah ! Bila dah puasa maksudnya pesta ibadah la ! :) Akid terseksa sikit la bulan puasa kali ni. 

          Cuba bayangkan kalau blok asrama atau tempat tinggal korang takda elektrik a.k.a BLACKOUT. Aduh ! Itulah yang blok asrama aku alami sepanjang 2 minggu ni. Seksa wo. Akid terima sahaja la. Dugaan Allah kepada hambanya. ;) Kat sekolah? Biasa-biasa ja. Macam selalu la. Cuma Akid kerja tertidur je dalam kelas. Hehe. Almaklumlah orang letih berjihad. Haha. :D 

         Satu lagi, Akid tak updatekan pasal hari KOoP? (._.) Oh My Mighty Allah. Lupa laa pulak ! >.< Takpe la. Nanti kalau ada masa nanti update la kan. ;) Usaha tangga kejayaan. Berjihad Fisabilillah ! :D Akid tak balik rumah Akid sepanjang bulan Ramadhan ni. So, siapa-siapa yang nak sedekah sikit ke, datang la ke ‘Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin’ (Fuh~ penat taip nama sekolah).


p/s: I’ll always be there. :3

Monday, 3 June 2013

The Worst PPT Ever ! (3rd Week)

Assalamualaikum !



Cerita ni start pada 19 Mei 2013. The next day Kimia. :p
Kalau korang nak tahukan, memang tak diduga benda tu jadi pun. Tapi tak kisah laa like what everybody says, "Don't remember the past. Just create a NEW and BETTER future. " 

Akid memang nak STUDY yang teramat hari tu. Errrh.. Cuba bayangkan dah malang 2 minggu sebelum ni kann. So, want to do for a BETTER. Time tu ada Inspection. Masa ada banyak lagi sebelum Inspection tu, Akid cadang nak baca. Tapi, malangnya diorang panggil awal. haha. :D
Takpe laa ada masa lagi. :3

Pastu ada laa dua hamba Allah ni buat kes. -.-"
Adui. Baru je nak study. Pastu lepas tengok drama tu. Ada perjumpaan pengawas nak berbincang tentang kes tu. Kami dipersalahkan. Bla. Bla. Bla. Tapi takpe la. I learnt that "Hidup ni penuh cabaran". Pastu get ready untuk R-call. Langsung tak baca. haha. ;D

Pastu Akid lepas R-call, pergi solat Maghrib semua macam biasa pastu lepas Isyak, warden nak jumpa satu batch 1014 berhubung ngan kes tu. Satu malam prep habis tanpa study. :p *Redha, Tawakal. haha. :) Pastu the next day dengan tak ready apa, Akid jawab je laa.. :3

Susahh woo ! >.<
Pastu next day Biology. Bio ek? Hmmm. Nothing to say. Sbb mmg 50-50. haha. :D

Last day of Exam ! Add Math ! 
Add Math? It's aa total Failure. haha. :D
Cikgu ada kata yang exam kali ni dia takkan bagi peluang langsung. 
Dia kata insyaAllah akan ada sorang dua yang akan dapat 0 ! :p
Jadi Akid revision macam biasa. Pastu masuk exam macam biasa.
N Fail macam biasa. haha. :D 

Sekarang cuti, layan habis. haha. K, itu saja. Bye-bye ! :3

Saturday, 25 May 2013

The Worst PPT Ever ! ( 2nd Week )

Assalamualaikum ! 

2nd Week ! :D

Akid nak start ngan hari Isnin tu. Hari Isnin Akid ada exam Fizik. :p
One of my worst subjek. Cuba bayangkan Akid baca semua, time exam Akid blank terus. Err. Takpe laa kan, Akid terus jawab exam tu. :/ 
Akid macam dah mati akal je time tu. Haih~ Setelah habis je jawab exam Fizik tu, kami kena get ready utk keluar sekolah, kami terpaksa pergi jugak walaupun dalam hati takmau. :p

 Kami kena pergi lawatan ke pameran ape ek? (lupa) dekat Tabung Haji, Penang. :) Pameran tu ada banyak booth. Informasi pasal Universiti-universiti banyak. Akid teringin nak pergi errr. Tak ingat nama U tu. -.-"
Tapi time tu memang duk risau tentang exam seterusnya iaitu Prinsip Perakaunan and Sejarah. :/ 

Kawan Akid bagitau Akid yang badan Akid macam nak demam. Akid pun ingat perkataan 'macam' tu takkan berlaku laa kan. :p Kemudian, malam tu, badan Akid panas sangat. Demam Akid panas sangat sampai kawan dapat rasa bahang badan Akid kat sebelah. Wuuu, macam Human Torch (Fantastic Four) ja. Haha. :D Akid memang tak boleh fikirkan apa-apa dah time tu. Sakit sangat kepala time tu. :p Yang meluatnya kan, the next day Akid sihat semula. Syukur Alhamdulillah. -.-"


Memang jawab exam macam entah pape la. Meluat wo. :p

Akid siap tulis surat lagi untuk cikgu akaun Akid. Akid tulis : "Dear cikgu, minta maaf sebab ada banyak sangat ruang kosong yang Akid tinggalkan. Sebab semalam demam panas. Tak sempat nak baca apa-apa. Sekali lagi minta maaf. Akid akan buat elok-elok next time. :p " Tu laa yang Akid tulis. Tapi, REDHA je la. :)

The NEXT day, Pendidikan Islam ! :D Time tu punya la nak backup apa yang teruk sangat tentang exam Akaun and Fizik, tapi still end up with malang yang SUPER TERUK ! Haha. Adui macam dah diduga. Bukan apa, Akid boleh je jawab semuanya. Cuma... Akid silap FORMAT. Jeng Jeng Jeng *kilat. >.<

Akid time tu FRUST giler ! :p Akid ingatkan soalan number 1 and 2 yang boleh pilih, rupa-rupanya, soalan 1 and 2 WAJIB jawab ! 3 and 4 yang boleh pilih. Adui. -.-"

Takpa la. Nasi dah jadi bubur. Terima seadaanya. :) Pastu Khamis takda exam sebab NAZIR nak datang nilai sekolah. Jumaat exam Bahasa Jepun and Sivik. 
Bahasa Jepun ? Nak tahu apa Akid buat? Bang Bang ! :D
Tembak semua jawapan ! hehe. :) 
Siap dalam masa 15minit. Pastu Akid tidur. Puas woo~ :3

Kerja tidur je hari tu. Exam Jepun tidur, Lepas REHAT tidur, Exam Sivik tidur, Rehat Tengah Hari Tidur, Prep Petang main, Riadah tidur, Antara Maghrib and Isyak tidur, Prep malam baru STUDY ! hehe. :3 Tu ja untuk 2nd week. :)

Bersambung... :)

Thursday, 23 May 2013

The Worst PPT Ever ! ( 1st Week )

Assalamualaikum !

Hari ini tanggal 24/5/2013, Officially School Holiday ! :) 
Hari ni Akid nak kongsi laa peristiwa-peristiwa yang Akid alami time exam-exam tu. Exam Akid ada selama 3 minggu. Almaklumlakan, dah naik Form4. :D hehe. Okay, Let's start now ! :)

Lepas-lepas PBM (Pulang BerMalam) Akid kene laa prepare for the worst iaitu PPT ! Exam BM, BI and Mod Math berjalan ngan lancar.   
Hari Jumaat minggu tu, ada ceramah dari Papermate. Walaupun, pada mulanya tak suka sangat pergi, tapi oklah kan, mesti ada hikmah. :)
Malas nak dengar ceramah time tu, Fizik diutamakan ! hehe. 

Pastu time habis ceramah tu, kawan-kawan Akid kantoi tak pergi dengar ceramah tu, diorang kena macam-macam. -.-"
Kesian pun ada. Pastu Akid teruskan study Akid macam biasa laa.
Tapi tak semua berjalan macam yang Akid nak. 

Bersambung... ;)

Wednesday, 27 March 2013

Result Exam !? Haha. :D

Assalamualaikum !


Yo ! Selamat Malam.
Exam dah lepas. Hari yang perlu ditempuh sebelum cuti baru-baru nie pun dah berakhir. :p

Rasa gembira gilaa kott time habis tu.
Rasa macam tak sabar hari seterusnya nak enjoy bagaikan menunggu bunga ros mekar. 

Okay, tu hiperbola yang agak melampau. haha. :D
Akid cuma nak kongsikan result exam Akid giler 'gempak' la sangat. (._.)

Akid dalam Ujian Kemajuan 1 kali nie dapat.

3A 2A- 1B+ 3C 1D

Akid tak tahu nak kata. :p
Mungkin sebab kekurangan yang ada dalam diri Akid kot.
Sebab suka tidur dalam kelas,
Pastu busy sikit dengan aktiviti di luar kelas.
Jarang masuk kelas.

Hurmm..
Tak apa laa. Terima saja laa dengan hati yang terbuka.
Kalau korang tertanya-tanya apa yang 'D' tu,
Sebenarnya tu subjek Add Math ! Yeahh !
Minta maaf kat Cikgu Naza sebab tak skor kali nie dan sebab selalu sangat tidur dalam kelas cikgu. 

Akid nak berubah ke arah yang lebih positif lepas nie. 

InsyaAllah. :D

That's All for TODAY ! Selamat Bercuti dan Selamat menunggu Keputusan Exam ! hehe. :)

Tuesday, 26 March 2013

Kolej Vokasional Shah Alam - Ke Arah Transformasi Sekolah Teknik :D

Assalamualaikum !



Sekolah teknik dulu pernah dianggap dan dipandang enteng sebagai pelajar yang 'malas belajar' tetapi kini tidak lagi. Kemahiran yang mereka ada merupakan bakat yang amat berharga dalam pasaran pekerjaan.
Industri perlukan profesional seperti mereka.

...

Sekolah Menengah Teknik Shah Alam mula 100% ditransformasikan oleh kerajaan menjadi sebuah kolej vokasional pada tahun ini. :)

Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga dipanjangkan dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Kata pengetua kolej, Fariza Said Hassan, kemasukan bermula daripada peringkat lepasan PMR. Kalau nak masuk ke sekolah ini, pelajar-pelajar perlu melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan boleh membuat permohonan. Sekiranya permohonan melebihi jumlah penawaran, mungkin kami akan adakan beberapa proses tapisan seperti temu bual. 

Pelajar juga sepatutnya memilih sekolah ini kerana minat dan bukannya kerana malas belajar atau jemu dengan sekolah lama. Biar betul-betul minat kerana sistem kolej vokasional ini jauh berbeza dengan sekolah-sekolah lain.
 Sekolah ini belajar dengan menggunakan sistem semester. Terdapat 8 semester atau 4 tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. So, mereka tak perlu mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kelebihan?

Pelajar-pelajar ini akan mendapat Diploma di usia muda. Mereka juga akan menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iatitu sehingga ke tahap 4 SKM. Mereka untung kerana pengajian dibiayai sepenuhnya.

Ada 4 kursus yang ditawarkan mulai tahun ini iaitu:-

1) Pemesinan Industri
2) Teknologi Kimpalan
3) Pengurusan Perniagaan
4) Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. 'Soft Skills' juga ditekankan supaya pelajar bukan sahaja cemerlang dalam kemahiran mereka malah gemilang dalam faktor 'persembahan diri' dan 'komunikasi'

Harap pandangan pihak luar mengenai sekolah teknik dan vokasional dapat diubah.
Mereka perlu sedar bahawa kecemerlangan akademik bukan segala-galanya.

...

Info Tambahan.

Prospek Kerja bagi Kursus-kursus Ditawarkan.

Pengurusan Perniagaan.
-Usahawan.
-Pengurus Besar.

Pemesinan Industri
-Penolong Jurutera dalam industri kejuruteraan dan pembuatan.
-Penyelia Operasi Mesin dalam bidang pemesinan logam.

Teknologi Kimpalan.
-Pembantu Jurutera Kimpalan
-Juruteknik dalam loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan logam di sektor industri.
-Pekerjaan sendiri.

Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web.
-Pembangun Lawan Web.
-Pembangun Sistem Pangkalan Data.
-Pengurus Data.
-Pereka Grafik Laman Web.
Penganalisis Data.

...

Itu sahaja sedikit maklumat pasal Sekolah kali ini. :) Terima Kasih ! :D

3 Segmen Dalam Blog Akid? What !?

Assalamualaikum !


Apa khabar semua? Sihat?
Cantik tak gambar atas ni? Ni la pintu gerbang sekolah Akid. :)
Saja-saja nak promote sekolah. 
So, kepada pelajar-pelajar darjah 6 dan form 3, kalau nak masuk pilih SBP mana-mana, pilih laa sekolah ni. haha. :D

Akid actually takde pape la yang hendak diberitahu.
Cuma nak beritahu yang blog Akid akan ada tiga segmen atau bahagian ! :D
Yeah ! Akid pasti korang blurr sekarang. Sebab Akid pun sekarang rasa blurr. :P

. . .

Ok. Sekarang Akid tengah cari cara nak bagi jadi 3 bahagian. Masalahnya Akid tak jumpa2. Hurm.. Frust sedikit. 
Kalau siapa-siapa yang sudi nak tolong. Tolong laa ye? :P

Tanpa melengahkan masa !

Dalam Segmen Pertama, Akid akan banyak memberikan Tips-tips Belajar Penuh Gaya yang Akid cari. Ada banyak sekarang ni cuma nak cari masa yang sesuai untuk dipostkan dalam blog. Akid harap segmen dapat bantu atau berguna la kepada korang. Ambil la sikit-sikit kan. :3

Segmen 2, Akid akan cerita pasal sekolah ! Bukan sekolah Akid. Tapi sekolah orang lain ! :D haaaa.. Kalau nak nama sekolah dia ada, bagitau akid kat Facebook or komen kat post ni nanti. :)

Last, Segmen 3 Akid akan cerita BEBAS ! Nasib laa apa yang terlintas di fikiran, Akid post. haha. :D

...

That's All ! Nantikan ya !
Terima kasih. :)

Monday, 25 March 2013

The Owner's Blog ! :D

Assalamualaikum !

Selamat petang semua. Tengok tajuk post kat atas.
Okay, hari ini Akid just nak cerita serba sedikit pasal Akid.
Just to fill my time a little. :D

OK.



Nama saya Muhamad Akid Rusyaidi Bin Zulkeflee.
Selamat dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Umur pada tahun 2013, 16 tahun. 

Belajar dekat SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang.


Ambil jurusan Biologi + Prinsip Perakaunan.
Ramai orang tanya kenapa tak ambil Biologi + ICT. 
Jawapan Akid !
Akid nak ambil cabaran belajar Akaun. :)
dan
Disokong sepenuhnya oleh ibu bapa yang tersayang iaitu Zaiton binti Yahaya dan Zulkeflee bin Lazim. :)

Sejarah sekolah?
Sekolah rendah dekat SK Seberang Jaya. (2005-2009)
Sekolah Menengah kat SMK Datuk Haji Ahmad Said. (2010)
Pastu baru pindah ke SMSTSSS.(2010-2014)

Hobi dan Cita-cita?
Hobi banyak !
Antaranya adalah melayari internet, menangkap gambar, melukis, mewarna, study, tidur. haha. ;D
Cita-cita pulak?
Nak jadi Akauntan atau buka perniagaan sendiri. :3

Akid sekarang ni ada buka perniagaan kecil-kecilan. :)
Siapa nak beli pop-up card or flyers datang laa jumpa akid. haha. ;D

Okay la. Dah masa untuk stop. 
Tata. Assalamualaikum. ;D

Sunday, 24 March 2013

Tentukan Haluan Selepas SPM Dengan Tepat. ;)

Assalamualaikum !



Lama tak update. Serious lama. Akid pun dah buntu. Tak tahu nak update apa. 
So, Akid pun ada terfikir pasal keputusan SPM 2013 yang melibatkan senior-senior akid di sekolah Akid.
Akid tahu yang Akid ni baru Form4 dah update post pasal Universiti. Tapi it's okay. Akid just nak kongsi pasal Universiti
Pastu akid ada terfikir pasal destinasi diorang selepas ini. Adakah mereka akan maju untuk mencapai impian yang diidamkan atau hanya mendiamkan diri di rumah? 
Bagi siapa yang dah buat keputusan awal tak apa laa kan. Takda laa susah untuk buat keputusan seterusnya.

Kenal tak lelaki kat bawah ni ?


Ni la Presiden Management & Science University (MSU) dan Kumpulan Kolej PTPL, Prof Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid. Beliau berkata keputusan berhemah harus dibuat oleh pelajar untuk memilih IPT atau program pengajian, walaupun menerima pelbagai risalah daripada IPT.

Beliau menyarankan agar IPT dipilih mampu memenuhi tuntutan pembelajaran serta pengalaman pembelajaran yang komprehensif. 
Dengar tu dengar. :D

Tanpa lengah kan post akid ni, akid nak beritahu beberapa persiapan untuk masuk Universiti. :3

1-Pilih universiti yang sesuai dengan diri anda.

Pastikan diri anda mengambil atau memilih universiti yang sesuai ngan anda.
Antara U yang boleh korang pilih ialah :-




iv- Institusi Berasas Profesion

2-Empat perkara yang WAJIB ada sebelum masuk Universiti.

  • Kewangan
    Wang amat penting intuk memasuki IPT. Korang perlu segera cari sumber wang untuk membiayai yuran pengajian dan pinjaman yang ditawarkan selain bergantung sepenuhnya kepada PTPTN.

  • Minda dan Sikap
    Universiti tidak sama seperti belajar di sekolah menengah. Di IPT korang tidak lagi disuap dan dipimpin tetapi anda perlu lebih berdikari dan pandai membuat keputusan sendiri. :) Anda perlu mencari pelbagai bahan rujukan demi menambahkan lagi kefahaman terhadap ilmu. Persaingan di IPT memang sengit, hanya yang benar-benar bijak mencari alternatif sendiri yang akan maju.

  • Kelengkapan
     Laptop atau komputer adalah penting bagi pelajar ketika meneruskan pengajian di IPT. Ia akan meningkatkan lagi mutu pembelajaran. Di IPT, kamu akan menyelesaikan pelbagai tugasan yang melibatkan penggunaan gajet-gajet canggih dan perisian-perisian komputer.

  • Perbelanjaan
     Kamu perlu rancang perbelanjaan dengan baik. Jangan boros. Tu ja yang akid boleh cakap. :3



That's all for TODAY ! :D

Promote ! Promote ! :D



Jemput la ke Karnival Uniti & Karangkraf !
Banyak aktiviti menarik menanti anda :-

  • Forum : Bicara Cinta Anak Muda
  • Temu Mesra bersama penulis dan Demo Memasak bersama chef selebriti Grup Buku Karangkraf
  • Interaksi bersama Majalah E-Baca
  • "Momentum Menghadapi Pelajaran 2013" - bersama Fokus SPM
  • "Show Yezz! Your Talent" - bersama Majalah Yezz
  • Aerodance dan tips penjagaan kesihatan bersama Majalah Rapi
  • Grooming bersama Majalah Remaja
  • Gaya ikat selendang & grooming bersama Majalah Dara.com
  • Mini show case bersama Majalah Media Hiburan
  • Pertandingan "Photo Hunt" bersama Sinar Harian
Melukis Kartun Cara 3G: bersama kartunis Majalah 3G, Gayour & Aan Budak Baik.


Saturday, 2 March 2013

Assalamualaikum ! ;D


Sekarang ni musim menjawab peperiksaan. :P 
Saat dimana pelajar-pelajar seperti Akid dan pelajar-pelajar lain mula menelaah buku-buku rujukan yang ada. 
Sungguh menakutkan ! Tapi tidak mengapa, Akid akan kongsi beberapa tips yang mungkin bermanfaat untuk korang. :)
1 – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

2 – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

3 – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

4 – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

5 – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

6 – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

7 – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

8 – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.


9 : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

10 : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ada banyak lagi tips yang boleh Akid berikan tapi panjang sangat nanti susah pulak. :D
Takde orang pulak yang sudi baca. So, Akid nak wish GOODLUCK ! :D