Pages

My Followie Followers. ;D

Saturday, 29 December 2012

6 Tips Cipta Aura Positif di Kelas

Assalamualaikum ! :D





"Jika Syurga itu terletak di bawak telapak kaki ibu, keberkatan ilmu pula terletak pada keredhaan guru"

Ada pelajar datang ke sekolah untuk bermain-main, bercinta, menunjukkan keberanian diri dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Ada juga yang selesa dengan gelaran 'ulat buku' dan malas nak menghiraukan apa yang diperkatakan dan difikirankan oleh orang lain. Ada juga yang popular dengan menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan yang melibatkan sukan dan permainan di sekolah. Ada juga yang biasa-biasa saja, hanya ingin mengamalkan prinsip 'low profile'. Di alam persekolahan ni pelbagai ragam pelajar yang cuba membentuk diri dan masa depan mereka sendiri. 

Disebabkan sesi persekolahan nak bermula dah. 
Akid nak bagi tips untuk menciptakan suasana yang positif di kelas. :)


Menghadiri Kelas dengan Spenuh Jiwa dan Raga.

Datang awal bagi membolehkan kita membaca dan melihat nota untuk beberapa minit. Hadir dengan 'mind set' yang mantap. Kita kena bayangkan kita nie ibarat seorang pencari dan ilmu bagaikan harta karun tersembunyi yang kita ingin dapatkan. Kita perlu bersedia menghadapi kepenatan, kebosanan atau kesibukan untuk mendapatkan ilmu tersebut. Bawa segala buku, alat tulis dan nota yang diperlukan.


2 Lupakan Segala Masalah.

Lupakan segala perkara yang berlaku dalam hidup atau masa silam, abaikan segala masalah yang menghantui minda kita. Tumpukan sepenuh perhatian kerana inilah peluang keemasan yang ada dan peluang ini tidak akan berulang untuk kali kedua. Bukan sahaja menghadiri diri secara fizikal, malah bawalah segala hati, jiwa, dan perasaan di dalam kelas agar kita tidak mengambil sambil lewa dengan ilmu yang disampaikan.


3 Datang ke Sekolah Dalam Keadaan Segar.

Dapatkan tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Tidur dalam keadaan 
gelap adalah lebih elok kerana ia merehatkan badan dan minda. Biarkan persekitaran anda sunyi dan kelam kelabut. Aturkan supaya anda mempunyai masa tidur yang tetap. Kekalkan jadual dan kebiasaan tersebut. Jangan menghadiri kelas dengan perut kosong. Ambillah sarapan yang mencukupi tetapi jangan pula berlebihan kerana ia akan mengundang rasa mengantuk.


 4 Fokus kepada Guru.

Memberikan sepenuh perhatian tumpuan kepada guru yang sedang mengajar akan membuatkan kita menyerapkan segala ilmu dan kefahaman dengan baik ke dalam otak. Maka kita tidak perlu meluangkan masa yang begitu lama untuk mengulang kaji pelajaran tersebut. Sekiranya kita tidak memahami apa yang diajar oleh guru, kita boleh bertanyakan soalan kepada guru atau rakan. InsyaAllah, mereka dapat membantu kita memahami apa yang telah diajar.


5 Hubungan Dengan Guru.

Jangan mencipta masalah atau bersikap kurang ajar terhadap guru. Jika syurga terletak di bawah telapak kaki ibu, keberkatan ilmu pula terletak pada keredaan seorang guru dalam mengajarkan ilmu. :D


6 Hubungan Dengan Kawan.

Elakkan daripada terlbat dengan sebarang masalah dengan rakan-rakan, kerana ini boleh menjejaskan mood dan keseronokan kita untuk belajar di sekolah. Ajaklah rakan-rakan belajar, berbincang tentang topik pelajaran atau membuat latih tubi bersama kita. Dengan ini, kita dapat mencipta suasana dan aura belajar di dalam kelas. :)

"Hidup hanya sekali" ayat ini sering kita dengar. Maknanya kita akan menyesal sekiranya tidak mencuba perkara-perkara segalayang menarik dalam laluan hidup. Sebagai pelajar kita juga perlu sentiasa mengingatkan diri kita bahawa zaman persekolahan hanya sekali. :')

1 Januari nak balik sekolah dah.
Jumpa lagi lain kali.

No comments:

Post a Comment