Pages

My Followie Followers. ;D

Friday, 28 December 2012

Allahyarhammah Yasmin Hunwick :')

Assalamualaikum ! :D

Dalam post yang sebelum iaitu " Boring :P " Akid ada cakap yang Akid nak cerita pasal seorang insan yang bernama Allahyarhammah Yasmin Hunwick.

Kalau tak ingat, Akid akan ceritakan siapakah beliau. :')

Allahyarhammah Yasmin Hunwick


Biodata Beliau. 


 Allahyarhammah sebenarnya merupakan anak sulung dalam keluarga. Dia selalu seorang anak yang baik, sopan, bijak dan amat cantik di mata ibu bapa dia. Dia suka berkongi gambar-gambar keluarganya di Instagram dan dia begitu suka ber-Twitter. Dia juga gemar upload video dia bersama adik-beradik dan bermain piano. Dia seorang yang amat berbakat. :')

Sebelum dia meninggal dunia, dia seperti telah mengetahui yang ajalnya semakin dekat. Arwahyarhammah Yasmin pernah upload gambar satu buku yang telah dibacanya sebelum dia pulang bertemu kekasih abadi.

Buku '7 Malam Pertama di Alam Kubur' yang dibaca Yasmin




Selain itu, dia selalu bermimpi buruk sebelum dia dia bertemu ajal. 

Mimpi seram yang dimimpi oleh Yasmin beberapa hari sebelum ajal. :(




Dia sebenarnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Menurut petikan Bernama.

LANGKAWI: Tiga remaja perempuanmaut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di samping lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

           Pegawai Penyiasatan Polis Trafik Langkawi, Inspektor Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari (17), Nor Hazwani Mansor (16), dan Nur Afipah Aaina Ridzuan (19) berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

           "Mereka yang menaiki motosikal dari arah motosikal dari arah lampu isyarat Sg. Menghulu bertembung dengan van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi" katanya.

           Katanya ketiga-tiga mangsa mengelami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

           Mayat dibawa ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan.- Bernama



Itu sahaja yang Akid nak kongsikan tentang Allahyarhammah Yasmin Hunwick. :')

Semoga Yasmin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sedekahkan laa dia al-Fatihah sekurang-kurangnya. :')

No comments:

Post a Comment