Pages

My Followie Followers. ;D

Thursday, 27 December 2012

Kualiti dan Keyakinan Diri di Tahun yang Baru. :)

Assalamualaikum ! :D


Tahun 2013 akan tiba tak lama lagi. 
Akid risau jugak sebenarnya. Almaklumla kan, Akid dah start start naik upper form, dah nak Form 4 ! Oh My God~ >.<
Insya Allah boleh !

Okay. Sekarang Akid nak bagi beberapa tips untuk tingkatkan keyakinan dan kualiti diri di tahun baru untuk belia-belia ! :D

1 Baiki Imej Diri.

Lakukan perubahan terhadap diri kita. Sebagai contoh mengubah sifat daripada pendiam kepada seorang yang ceria agar diri kita mempunyai keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan atau cabaran hidup. :)
Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan sekiranya kita tak memahami sesuatu mata pelajaran. :D


2 Bersedia dengan Perubahan.

Jika persahabatan ataupun kerja-kerja membuatkan kita berasa bosan, tibalah masanya untuk kita membuat perubahan agar situasi menjadi lebih baik dan menarik perhatian kita. :)


3 Senyum ! :)

Senyuman boleh membuat kita berasa lebih baik dan sihat serta orang lain juga akan berasa senang dengan kita. Hal ini akan membuat kita berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang lain. :)

4 Tidur yang Cukup. 

Tidur yang tidak cukup akan membuat badan kita berasa lemah dan kita akan rasa mudah tertekan. So, dapatkan tidur yang cukup supaya kita dapat memastikan diri kita ini bertenaga dan bersedia untuk menghadapi hari yang berikutnya dengan mudah serta riang ! :D

No comments:

Post a Comment